Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.
Saya mulakan penulisan saya dengan kalam mulia di atas.. , hadirnya saya di dunia blogging ini hanya kerana ingin mencari hobi baru. Bila lihat orang lain dengan blog mereka, hati rasa terdetik mahu cipta blog sendiri.
Saya hanya gadis biasa. Ilmu pun tidak banyak. Namun kesungguhan mencari ilmu dan kebaikan itu sentiasa ada.
Hurm. untuk posting pertama ini, saya tak tahu nak tulis berkenaan apa. Mungkin sekadar sedikit pengenalan tentang diri dan latar belakang. ( tak berapa pasti adakah penulisan blog memerlukan semua ni?)
Saya berasal dari macam2 negeri, tiada negeri yang specific. Lahir di Kulai, johor. Kemudian pindah ke pahang , kemudian sekarang di Kemaman, Terengganu. Sekarang belajar di Universiti Malaysia Sarawak di dalam bidang ijazah sarjana muda pembangunan sumber manusia.
Saya nak tekankan disini saya bukan pelajar bidang agama, oleh itu saya bukanlah orang yang arif soal hukum hakam. Jadi , tulisan dalam blog saya mungkin hanya berbentuk pengalaman diri yang boleh memberi manfaat kepada orang lain.insyaallah. mungkin juga dalam bentuk penceritaan. Skop penulisan blog saya boleh jadi berkenaan isu-isu semasa, pandangan peribadi, atau pengalaman di universiti atau di mana2.
Akhirnya, saya berharap, dengan izin Allah, saya dapat menulis di sini untuk manfaat umat.
Jika anda semua pernah dengar tentang hadith ini , ia sering mengingatkan saya untuk menjadi orang yang berguna dan berjasa buat orang lain. Kadang-kadang terasa diri ini tidak berguna untuk Islam. tak tahu apa sumbangan yang dah diberikan utk Islam. Astaghfirullahalazim.
خير الناس أنفعهم للناس
Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain.
(HR. Ahmad, Thabrani, Daruqutni. Dishahihkan Al Albani dalam As-Silsilah As-Shahihah)