Monday, 17 March 2014
Maafkanku. .
Allah temukan kita sekejap sahaja, tak sampai pun sehari. pada mula hadirnya kau,aku merasakan sedikit terganggu.. namun, Allah campakkan rasa belas pada hati ini, ku lihat dirimu yang tiada upaya, jauh dari keluarga.. keadaan kau dan aku, tidak jauh beza. aku juga perantau, jauh dari keluarga. aku dapat merasakan betapa rindunya kau terhadap keluargamu bukan?
aku beri beberapa titis air untuk kau minum,kau minum dengan rakus, mungkin kau tidak bertenaga. aku sediakan tempat yg selamat buat kamu.
dalam hati ku berdoa, ya Allah, selamatkanlah dia. sembuhkanlah dia. aku pandang wajahmu, nampak wajahmu yang dilanda kesakitan.. ya Allah,, sembuhkanlah dia. berilah dia peluang untuk terus hidup.
aku bukan doktor, tidak tahu bagaimana untukku mengetahui punca kesakitanmu, minyak gamat aku titikkan sahaja di tubuhmu, aku fikir mungkin ada kecedaraan bahagian dalam. tp aku tidak berani utk merawatmu sendiri.
malam itu, sebelum tidur aku berkata padamu "rehatlah agar kau kembali pulih esok".
hatiku risau apakah selesa tidurmu itu? maafkan aku, aku tidak tahu.
keesokannya, aku bangun menyahut seruan subuh, perlahan2 ku buka lampu, perlahan2 aku lihat kau.. aku nampak dirimu bergerak2. Alhamdulillah! kau masih hidup. kau mula bersuara. aku jadi gembira. terus mengharapkan agar kau pulih dan boleh pulang ke keluarga. usai subuh, aku bermain-main dengn kau, lincah sungguh kau pagi itu, sampai aku jadi tak terurus untuk ke kelas pagi itu, tapi hatiku bersemangat.
mula terbit rasa cintaku pada kau. aku mahu jumpa kau lagi selepas kelas 10 pagi. lepas kelas, aku terus meluru ke bilik. aku lihat kau, memanggil-manggil, aku fikir kau sudah lapar, aku beri nasi, kau tak mahu makan, air pun kau tak mahu minum. aku mula risau, bagaimana utk kau pulih jika tak makan?
aku sambung kerjaku. bilikku riuh dgn celotehmu, bila aku letak kau jauh dariku, kau bising, bila aku letak kau di sebelahku, kau diam. aku lihat mata kau memandangku.
maafkan aku. aku ada amanah yg perlu disiapkan. jadi aku tak dapat menemanimu. adakala aku berhenti buat kerja cuba beri kau makan. tapi sedikit pun tidak luak.
pukul 2pm. aku terpaksa meninggalkan kau, maaf.. aku ke kelas. tunggu aku pukul 4pm nanti. lepas habis kelas dan segala urusan. aku tidak sabar untuk melihat kau. aku mahu kau makan. supaya boleh terus sihat.
aku buka pintu bilik, dan mendekati kau.. tetapi, pada ketika itu, aku pelik kenapa tubuh kau kaku? aku risau, aku cuba menggerakkan tubuh kau.. namun, hampa. aku tahu, kau sudah tiada lagi.
sedih hati ini tak terkata. harapan utk melihat kau terbang musnah. Maafkan ku,, kerana tidak dapat menjagamu dengan baik..maaf...aku rasa sangat bersalah...kau anak burung yang sangat tabah.. semoga kita berjumpa lagi di syurga nanti.
[based on true story T_T]
Subscribe to:
Posts (Atom)